Isnin, 20 Februari 2012

ARTIS HINA ORANG KAMPUNG.....GEDIK LEBIH

Ko silaplah kalau kata orang kampung ni BODOH KE, KOLOT KE, TAK PERNAH JUMPA ARTIS KE. Bila ko cakap macam tu nampaknya ko GALA LUBANG KUBUR sendiri untuk tanam diri. Ko ingat orang kmapung macam dulu.Jangan perasan ko bagus sangat. Orang tak pandang muka ko yang cantik tapi orang tengok perangai ko. Korang baca tentang seorang artis yang TAK HABIS-HABAIS TIMBULKAN KONTROVERSI..Aku petik dari Majalah Mangga

Macam-macam hallah si artis kontroversi yang sorang ni. Ada saja cerita hot pasal dia ni. Senyap sekejap muncul balik. Mangga Muda pun ada dengar cerita tak enak pasal si pelakon ini.
Macam tak sedar diri pulak si pelakon itu apabila sudah mengecap hidup mewah bila berhijah ke Kuala Lumpur walaupun mutu lakonannya taklah seberapa hebatnya. Menyampah dengarnya.
Macam ini ceritanya. Pada satu larut malam si pelakon ini turunlah ke pasar larut malam di satu daerah di Kuala Lumpur bersama kawan-kawan dia. Tak tahulah apa yang nak dicarinya di situ.

Adalah sekumpulan peminat yang teruja bila lihat dia datang. Maka mereka mengambil kesempatan bergambar bersama pelakon itu. Bukan main suka lagi peminat tu dapat bergambar dengan si pelakon wanita popular dan kontroversi itu.

Bila peminat itu berlalu di pelakon mencebik dan berkata: "Orang kampung... tak pernah jumpa artis!"
Dia tak perasan kat belakang dia ada seorang peminat yang menunggu peluang nak bergambar dengannya. Tapi bila mendengar kata-kata carut pelakon yang memang berasal dari kampung yang jauh dari Kuala Lumpur itu, terus dia hilang hormat.

Bukan sekadar membatalkan hasrat nak bergambar, tapi dia juga buang sudah nama si pelakon itu daripada senarai artis yang diminati. Buat apa minatkan artis yang perangai buruk macam itu. Kebetulan peminat tu kenal dengan rakan rapat Mangga Muda. Kepada rakan itu dia mengadu cerita.

0 ulasan:

Catat Ulasan