Sabtu, 25 Februari 2012

BILA RUMAH SIAP PAHAT BERBUNYI......

Mahathir pertahankan DEB





Dr. Mahathir Mohamad diiringi Ahmad Shabery Cheek (kiri) beramah mesra dengan sekumpulan tetamu selepas program Bicara Minda di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 24 Feb. - Tun Dr. Mahathir Mohamad mempertahankan bahawa pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB) sewaktu era pentadbiran beliau bukan hanya memanfaatkan golongan Melayu serta bumiputera tetapi turut memberi peluang kepada bukan Melayu.

Sebagai bukti, bekas Perdana Menteri itu memberitahu, negara turut menyaksikan kemunculan ramai jutawan serta bilionair bukan Melayu semasa pelaksanaan dasar itu di bawah pentadbiran beliau.
Katanya, antara nama besar jutawan serta bilionair bukan Melayu yang muncul semasa pelaksanaan DEB termasuk Tan Sri Vincent Tan, T. Ananda Krishnan dan Tan Sri Robert Kuok.

"Saya boleh namakan sejumlah besar orang yang menjadi bilionair semasa pentadbiran saya kerana DEB.

"Jika DEB sesuatu yang tidak baik bagi mereka, mereka tidak akan menjadi jutawan dan tidak diberikan sebarang peluang," katanya pada sidang akhbar selepas program Bicara Minda Bersama Tun Dr. Mahathir Mohamad di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kritikan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razeleigh Hamzah hari ini bahawa DEB tidak pernah bertujuan melahirkan sekumpulan kapitalis Melayu tetapi untuk menangani kemiskinan dan meningkatkan penyertaan orang Melayu dalam ekonomi.

Mengulas perkara itu, kata Dr. Mahathir, beliau tidak faham tujuan Tengku Razaleigh mengeluarkan kenyataan berkenaan kerana Ahli Parlimen Gua Musang tersebut tahu bagaimana DEB turut memberi peluang kepada ramai golongan Melayu.

"Sewaktu Ku Li (Tengku Razaleigh) menjadi Menteri Kewangan, Permodalan Nasional Berhad (PNB) ditubuhkan dan ia menyaksikan lebih sembilan juta Melayu membeli saham dalam syarikat-syarikat," katanya.

Menurut beliau, pelaksanaan DEB sewaktu pentadbirannya juga menyaksikan kira-kira 500,000 pelajar bumiputera berupaya melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi.

0 ulasan:

Catat Ulasan