Khamis, 23 Februari 2012

CERIA PAGI DI SURIA FM- MELALUT...

Dah hampir dua minggu aku ikut segmen Ceria Pagi di Suria FM. Dengan penampilan Nabil, Halim Othman dan juga Kencana Devi. Nama-nama hebat yang membuat aku mahu terus mendengar. Tapai setelah beberapa pagi, mood aku bukan tambah ceria tapi tambah merudum bila dengar Nabil dengan lagu yang entah apa-apa. Nak melalutpun biarlah ada MOTIF bro. Melalut macam budak-budak yang tak ketahuan buat apa. Rosak mood orang pagi-pagi. Rancang taklah berapa teruk tapi saingan korang bukan kecik-kecik anak. Era, Hot FM.  Dah memang top dengan segmen yang menarik. Korang macam cari identiti.

Halim Othman masih lagi macam suasana waktu dia muda-muda. Nak skema sangat. Terlalu skema sangat jangan duk buat ceria. Pi duk Radio 1. Tempat skema. Paling meluat dengan Kencana Devi. Lain orang cakap, lain pulak dia masuk. Kadang-kadang dialog tak ada kena mengena dengan apa yang dibincang. Korang jangan hancurkan mood pagi orang-orang lama ni.  Penerbit kena fikirlah pengisian yang baik dan menarik. Jangan macam sesetengah producer yang buat filem hantu. Orang buat dia buat. Tapi entah apa-apa cerita. Dah cerita hantu ni susah nak masuk akal. Lebih TERJERIT sanan sini. Silap-silap terpesong akidah........ hilang mood ceria aku pagi ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan