Isnin, 13 Februari 2012

CERITA HANTU YANG MERAPU....

Terlalu banyak cerita hantu atau seram menguasi rangkaian TV di Malaysia. Lawaknya ada filem yang tak menggambarkan keseraman yang melampau malah membuat kita mengantuk dan gelak besar. Nyatalah sutradaranya gagal mewujudkan suspens.


Itu satu hal. Bila satu filem hantu ditayangkan dapat sambutan, berlumba-lumbalah cerita hantu yang lainditerbitkan. Tak kiralah bermutu atau tidak. TIba-tiba fenomena dikejutkan pulak oleh KL Gengsters dan Ombak Rindu. Meletup filem tu. Tak nak pulak ikut. Kelainan dua filem ini banyak membantu filem  tersebut  Box Office. Tapi peliknya tak ada pulak orang nak ikut. Agaknya tak ada modal nak cerita.

TV 3 atau RTM cukup-cukuplah dengan CERITA HANTU. Siang malam dengan cerita hantu yang tak menghantukan. Bila DAH TERLAMPAU BANYAK jadi meluat pulak. Tengok filem HANTU CINA  PUN lagu bagus. Bukan tak sokong filem tempatan... Tapi hantu yang mengarut terlampau banyak....

0 ulasan:

Catat Ulasan