Isnin, 13 Februari 2012

GURU DAN NASIB MEREKA YANG ...... ENTAHLAH

Inilah salah golongan yang kurang mendapat perhatian serius malah sering dimomokkan kononnya kerja senang, cuti banyak tanpa menyelami tugas guru pada hakikatnya. Saat rakan PTD di jabatan lain mendapat limpahan rezeki dan kenaikan gred, rakan yang sama-sama keluaran dan tahunnya hanya mampu mengihit jari di gred yang sama. Mengapa harus ada KUP lagi dalam pendidikan. Mengapa harus ditemuduga oleh SPP sedangkan guru-guru ini telah mengajar puluhan tahun setelah menamatkan program pengsiswazahan. Semua ini harus diperjuangkan oleh KPPK.

15,000 guru ijazah tidak naik gred

Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI
zulkarnain.ali@kosmo.com.my

SEREMBAN - Hampir 15,000 guru yang berjaya menamatkan pengajian di peringkat ijazah masih ternanti-nanti tawaran kenaikan ke gred DG41 walaupun sebahagian besar daripada mereka telah ditemu duga untuk tujuan berkenaan.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng berkata, terdapat sebilangan daripada guru berijazah tersebut telah menunggu tawaran kenaikan itu hampir dua tahun.

Katanya, keadaan semakin membimbangkan ekoran semakin ramai guru yang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah akan menamatkan pengajian setiap tahun.

"Kalau ia dibiarkan terlalu lama, kita tidak mahu akan timbul pula perasaan tidak puas hati kerana tiada maklum balas daripada kerajaan berhubung perkara ini.

"Mereka sudah menjalani temu duga dan sepatutnya ditawar ke gred tersebut tetapi sehingga kini, kami tidak tahu mengapa ia masih tidak dapat dilakukan," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Menurutnya, peruntukan bagi menawarkan guru berkenaan ke gred yang lebih tinggi telah ada dan NUTP amat berharap tindakan segera diambil bagi menangani masalah tersebut.

0 ulasan:

Catat Ulasan