Selasa, 28 Februari 2012

HIASAN GAYA INGGERIS DALAM HARIAN METRO

Oleh Hartini Mohd Nawi
tini@hmetro.com.my
INSPIRASI SEGAR...idea penataan gaya Inggeris dikongsikan.
INSPIRASI SEGAR...idea penataan gaya Inggeris dikongsikan.
BERADA di kalangan individu yang obses kepada gaya Inggeris membuatkan mereka sanggup melakukan pelbagai usaha asalkan ilham dekorasi itu menjadi kenyataan.
Dia juga melihat gaya berkenaan antara terjemahan seni yang sarat dengan perlambangan tersendiri.

  • FotoSUDUT BERBEZA...ilham dekoratif di bahagian depan kediaman.
  • FotoSENI...setiap hiasan bagaikan penceritaan seni.
  • FotoNILAI SENI...tonjolkan kelainan pada ruang.
  • FotoPENENTU MASA...gantungan jam dekoratif turut mengubah suasana.
  • FotoSELANG-SELI...pinggan mangkuk unik menyerikan ruang dalam dan luar almari.
  • FotoSEKILAS PANDANG...hiasan comel ini jadi tarikan.
  • FotoDIMENSI PENGGAYAAN...sudut ruang tamu memukau dengan hiasan hebat.
  • FotoSEMPURNA...elemen hiasan bersatu dengan kemasan rona lembut.
  • FotoBAWA KARAKTER...kesinambungan hiasan jadi pertaruhan.
Baginya tiada yang mustahil untuk direalisasikan dan itulah keistimewaan Rahayu Abd Halim, 37 yang tidak lokek berkongsi idea dengan sesiapa termasuk kenalan maya.

Tidak hanya kreatif idea, malah ibu kepada tiga cahaya mata ini menzahirkan sepenuhnya gaya kegemarannya pada segenap ruang kediaman sendiri di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor itu.


Menyingkap pengalaman menggayakan konsep itu, ia tidak semudah disangka.

Bermula dengan mengecat dinding dengan rona lembut sebagai latar belakang konsep ini hingga penataan terakhir pada ruang, semuanya memerlukan kesungguhan.

“Ketika minat menzahirkan konsep Inggeris mula bercambah, saya melayari Internet untuk menimba sebanyak mungkin ilmu berkenaan gaya itu.

“Ternyata ia antara konsep pilihan yang semakin popular kerana lebih dekat dengan jiwa wanita seperti saya.

“Pada masa sama ia banyak mengajar saya menampilkan elemen hiasan unik, segar dan tidak menjemukan,” katanya yang mendapat sokongan moral suami, Mohd Azlin Abdol Khahar, 42.

Seterusnya perincian konsep Inggeris di kediaman Rahayu itu penulis mulakan dengan bahagian luar juraian pepohon hijau menjalar di atas ‘pergola’ bercat putih.

Di sekitarnya kelihatan beberapa elemen hiasan Inggeris diletakkan secara teratur dan kemas.

Sesiapa saja yang lalu pasti terdetik menjenguk penataan dalaman kediaman itu dan membayangkan pemiliknya gemarkan gaya Inggeris.

Menjengah ruang tamu, paparan gaya berkenaan kelihatan sempurna bagaikan melewati suasana berlatarkan bunga-bungaan segar dan rona lembut.

“Inilah uniknya gaya Inggeris kerana ia memberikan ketenangan dan terapi keindahan yang menyejukkan pandangan mata.

“Tidak perlu ruang kediaman luas kerana latar apartmen juga boleh merealisasikan gaya istimewa ini,” katanya yang mendiami apartmen itu sejak 2002.

Buktinya dari sofa hingga elemen hiasan dinding cukup menyangkal tanggapan ruang terhad tidak sesuai untuk gaya Inggeris.

Tidak mahu ruang kelihatan berserabut, wanita kelahiran Selayang, Selangor ini begitu teliti mengetengahkan kemasan fabrik bermotifkan bunga-bungaan dengan reka letak terperinci setiap aksesori hiasan.

Bagi menyempurnakan gaya berkenaan, perabot sedia ada dicat putih dan hasilnya ia umpama baru dibeli.

Dimensi ruang juga memberikan sudut pandangan berbeza apabila cermin menjadi latar dinding yang menempatkan sofa.

Setiap sudut kecil di ruang itu pula tidak dibiarkan kosong sebaliknya dihiasi deretan aksesori hiasan kecil.

Pilihan kemasan tingkap pula benar-benar selesa dengan fabrik putih nipis yang secara tidak langsung memberikan sistem pengaliran udara sempurna.

Pada dinding utama pula, susun letak aksesori hiasan kelihatan dirancang rapi supaya tidak menyakitkan pandangan mata.

Bagi menyerlahkan kesinambungan, ruang dapur turut ditata hias gaya Inggeris dengan latar dinding berhias indah pelbagai ungkapan menarik.

Kabinet dapur bercat putih sementara aksesori hiasan yang sinonim dengan ruang itu diletakkan pada tempat sesuai supaya tidak mengganggu aktiviti memasak.

Menceritakan aspek penjagaan, Rahayu berkata ruang kelihatan sempurna perlu dikekalkan dengan mengemas atau membersihkan ia sepanjang masa.

“Tidak perlu bertangguh untuk tujuan itu. Basuh segera aksesori hiasan jika ia masih ada habuk melekat, lap hingga kering barulah diletakkan di tempat asalnya,” katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan