Jumaat, 17 Februari 2012

KENA ROGOL DIHUKUM ROTAN, PEROGOL DILEPASKAN

Terima kasih pada admins blog http://scripters.ning.com yang juga menarik perhatian aku untuk ketawa. Kalau aku jadi ketua, aku hukum ketua kampung yang BODOH dan BENGONG tu. Dahlah buta hati dan perut. Buta segala....


PELIK! INI MENUNJUKKAN DUNIA SUDAH TERBALIK.. Pemerkosa(perogol) dibebaskan dan dimaafkan oleh ketua agama sebaliknya mangsa pemerkosaan(rogol) menerima hukuman rotan. Seorang gadis 16 tahun yang jadi mangsa perkosaan di Bangladesh dihukum cambuk 101 kali kerana hamil akibat perkosaan itu.

Ayah gadis itu juga didenda dan diancam bahawa keluarganya akan diusir dari desa mereka jika dia tidak membayar denda. Menurut para aktivis hak asasi manusia, gadis yang segera dinikahi setelah perkosaan itu diceraikan beberapa minggu kemudian setelah ujian kesihatan menunjukkan bahawa dia hamil.

Gadis malang itu diperkosa seorang lelaki berusia 20 tahun di daerah Brahmanbaria pada April tahun lalu. Harian Daily Star Bangladesh, sebagaimana dikutip Telegraph, Selasa, melaporkan bahawa gadis itu merasa sangat malu setelah diperkosa sehingga tidak berani untuk mengajukan masalahnya.

Kes permerkosaan ini terungkap setelah ia melakukan ujian kehamilan dan ketua agama di desa itu mengeluarkan fatwa yang menyatakan, gadis itu harus di hukum rotan. Pemerkosa (perogol) dimaafkan oleh para ketua agama. Gadis itu mengatakan kepada Daily Star bahawa perogol jahanam itu telah merosakkan hidupnya. “Saya menginginkan keadilan,” kata gadis itu.

1 ulasan: