Pelakon remaja Hollywood yang popular dengan filem seperti Hide and Seek dan Charlotte's Web, Dakota Fanning menerima tamparan hebat apabila iklan yang menampilkan beliau sebagai modelmwangian terbaru keluaran Marc Jacobs - Oh Lola! telah ditarik balik kerana poster dan iklan majalah wangian ini mencadangkan idea seksualiti terhadap kanak-kanak.
Ads Standard Authority (ASA) di United Kingdom merujuk posisi Dakota Fanning yang meletakkan botol pewangi 'Oh Lola!' di antara kaki sebagai sesuatu yang tidak boleh diterima dan telah mengarahkan iklan ini ditarik semula daripada tujuan promosi.
Penarikan semula iklan ini menimbulkan rasa kurang senang pengasas jenama ini, Marc Jacobs yang menyatakan syarikatnya tidak sesekali mempromosikan seksualiti di kalangan kanak-kanak.