Selasa, 21 Februari 2012

MANGSA BULI BUNUH DIRI

Kaki buli kat sekolah harus ambil IKHTIBAR dari berita ini. Biarpun kejadian ini berlaku di luar negara tapi TIDAK MUSTAHIL boleh berlaku di negara kita. Apabila TERLALU TERTEKAN, mangsa akan mengambil JALAN MUDAH.

2 pembuli dipenjara

SEOUL: Dua pelajar sekolah menengah Korea Selatan dikenakan hukuman penjara kerana membuli rakan sekelas mereka yang kemudian membunuh diri.
Mahkamah di bandar Daegu, tenggara negara itu menjatuhkan hukuman penjara tiga setengah tahun dan tiga tahun ke atas kedua-dua pelajar berusia 15 tahun itu.

Mereka didapati bersalah memukul dan mencerca rakan sekelas mereka itu selama beberapa bulan.

Mangsa mati selepas terjun dari sebuah apartmen Disember lalu, sekali gus mencetuskan kebimbangan mengenai perbuatan membuli di sekolah.

“Hukuman penjara tidak boleh dielakkan kerana mahkamah tidak boleh memandang ringan dalam menangani kes mereka berikutan keganasan di sekolah semakin berleluasa,” kata Hakim Yang Ji-Jeong dalam satu kenyataan yang dipetik oleh agensi berita Yonhap.

Kedua-dua defendan bergilir-gilir memukul mangsa, mengganggu pelajarannya dan memaksa dia membenamkan muka ke dalam air dalam sinki atau memakan biskut yang dicampakkan ke tanah. - AFP

0 ulasan:

Catat Ulasan