Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..
Nampaknya si Zool ingin mencuba membuat peraduan di blog ini. Peraduan bagi kali ini adalah mudah iaitu anda hanya perlu menulis sebarang entri dengan tajuk ‘ Kraftangan dan aku’. Walaupun ianya bertajuk ‘kraftangan dan aku’ ia tidak bermakna entri hanya berkenaan pengalaman anda. Anda boleh menulis sebarang perkara dan yang penting terdapat sekurang-kurangnya 1 keyword ‘kraftangan’ dalam entri tersebut. Seperti biasa, setiap peraduan perlu ada syarat-syaratnya kan.. Ini syarat-syaratnya dan maklumat peraduan:-
1.. Warganegara Malaysia dan mempunyai akaun bank utama (Maybank, CIMB, Public Bank, Bank Islam, Bank Rakyat) dalam Malaysia. Ini kerana separuh dari hadiah adalah wang tunai yang akan di’transfer’ ke bank pemenang. Jadi mereka yang tiada akaun bank harap-harap buat la akaun bank ye.
2. Anda perlu menulis di blog sendiri. Kalau takde blog boleh je daftar di blogspot.com. Tak kisah samada anda buat blog semata-mata untuk peraduan ni je pun takpe.
Anda boleh menulis entri sependek 100 patah perkataan dan tiada had panjang (tapi jangan sampai cam novel pula. Penat juri nak baca nanti).
Selepas siap menulis entri, anda hendaklah menampal alamat url entri anda di ruangan komen di bawah ni…Kalau dekat komen tiada alamat url anda, maka penyertaan anda tidak dapat diterima ye..
OOo ye, entri berkenaan politik, gossip, fitnah memfitnah dan memberi kesan negatif dari segi undang-undang tidak akan diterima..
3. Ahli kaum kerabat ligakampung.com, ohpemandu.com, rear-wheel.com, kedaikraft.blogspot.com tidak dibenarkan menyertai bagi mengelakkan pilih kasih.
4. Anda boleh menulis seberapa banyak penyertaan tapi pemenang hanya boleh menerima 2 hadiah (berlainan kaedah ) secara maksimum.
5. Peraduan ini bermula 05 Februari 2012 dan berakhir pada jam 12.00 pagi 18 Mac 2012. Pemenang akan diberitahu di blog ini sebelum 1 April 2012.
6. Keputusan adalah muktamad. Sebarang surat menyurat, emel bantahan, telefon bantahan tidak akan dilayan.
7. Hadiah terbahagi kepada 2 kaedah iaitu :-
– Pemenang SEO terbaik
2 pemenang dipilih berdasarkan keputusan carian google menggunakan keyword ‘kraftangan dan aku’ pada 18 Mac 2012. 2 entri teratas akan menerima
Hadiah pertama
– Wang Tunai RM50
Hadiah kedua
– Wang Tunai RM30
– Pemenang entri terbaikHadiah Pertama
3 pemenang utama berdasarkan entri terbaik yang menambat hati juri.
- Wang tunai RM50 beserta *barang kraftangan bernilai RM40
Hadiah Kedua
- Wang tunai RM30 beserta *barangan kraftangan bernilai RM30
Hadiah Ketiga
- Wang tunai RM20 beserta *barangan kraftangan bernilai RM10
Saguhati
Peserta pertama dan terakhir akan menerima cenderahati barangan kraftangan bernilai RM10 (peserta yang komen dan letakkan url peraduan di blog ini pada waktu awal dan terakhir)
*(barang kraftangan akan dihantar pos)
Pemenang dikehendaki memberikan alamat dan akaun nombor dalam tempoh seminggu dari tarikh emel pemberitahuan kemenangan. Sekiranya tiada maklumbalas, hadiah akan terbatal sendirinya.
Ooo ye.. Anda boleh menang 2 hadiah maksimum contoh ( menang peraduan SEO + entri terbaik atau peserta pertama + entri terbaik atau peserta terakhir + entri terbaik). Tapi anda tidak boleh menang kedua-dua hadiah untuk kategori sama dan kategori SEO campur penyertaan awal/akhir.
6. Setiap entri kena tulis perkataan dan link berikut :-
” Peraduan ini dianjurkan oleh Ligakampung.com dan ditaja oleh edaikraft.blogspot.com’ dan ‘Craftzee’.
0 ulasan:
Catat Ulasan