Khamis, 23 Februari 2012

PERANGAI ORANG KITA II

Isu 1:

10 lagi tren komuter ditambah menjelang Mac - menteri

23/02/2012 6:46pm

PUTRAJAYA 23 Feb. - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menambah 10 lagi tren komuter baru menjelang akhir Mac ini untuk keselesaan pengguna, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.
Beliau berkata, penambahan tren dengan enam gerabak setiap satu itu diharap dapat mengurangkan kesesakan tren yang ketika ini terpaksa membawa penumpang berlebihan pada satu-satu masa terutamanya pada waktu puncak.
"Untuk menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam, kita juga bercadang memberi insentif kepada pengguna komuter terutamanya orang kelainan upaya, warga emas serta pelajar,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan cek bernilai RM3 juta kepada Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk pembangunan Park n Ride Stesen Komuter Shah Alam di sini hari ini. - BERNAMA

Korang lihat saja kat KTM. Berapa ramai rang kita dan berapa ramai warga asing. Kadang kala kita seolah berada di Bollywood, takpun kat Myanmar ataupun Jakarta. Tapi orang kita ni berungut jer lebih.....Dia orang ni datang cari rezeki halal. Bila berlaku rompakan atau apa sahaja, kita salahkan dia orang.

Cuma isu yang aku terkilan, tambahlah berapa banyak kemudahan awam, orang kita bukan peduli. Diaorang lebih suka bawa kereta masuk bandar. Kadang kala sorang diri je. Sesaklah bandar yang dah sedia sesak. Aku nak ajak orang yang yang amat artif memaki orang dan mengajar tentang agam.

Kita duduk kat Stesen Bas, kat terminal dan kita dakwahkan anak muda kita yang ranggi, yang seksi, yang berahi. Takat berdakwah kat masjid buat apa. Kita turun padang. Kita tengok sendiri. Jangan kita mengaku kita Islam, menuduh orang lain tak betul. Tapi kita lebih tak betul dari orang yang tak betul.

0 ulasan:

Catat Ulasan