Ahad, 12 Februari 2012

ROTAVIRUS SERANG BAYI DI IPOH

Ibubapa digesa agar memastikan tahap kesihatan anak-anak mereka berikutan menularnya virus baru yang dikenali sebagai "ROTAVIRUS"  yang telah mengorbankan 2 bayi. sehingga malam tadi Buletin Utama melaporkan peningkatan kes berlaku dari 2300 orang ke 2500 orang. Antara tanda-tanda yang dikenalpasti adalah MUNTAH-MUNTAH, CIRIT BIRIT DAN DEMAM

PUNCA ROTAVIRUS DIKENAL PASTI
NOOR AZURA SAHRIL
12 Februari 2012



KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan sedang mengenal pasti punca virus menyebabkan 2,236 kes dengan dua kematian dilaporkan menyerang daerah Hilir Perak dan Batang Padang dalam tempoh dua minggu lalu.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kajian terperinci dijalankan dengan kerjasama Institut Penyelidikan Perubatan dan Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan untuk mengenal pasti punca wabak berkenaan.

Menurutnya, kes serangan tersebut berpunca daripada penyakit bawaan air dijangkiti sejenis virus, dikenali ‘Rotavirus’ yang menyebabkan kes Acute Gastroenteritis (AGE), namun beliau menafikan ia berpunca daripada virus kencing tikus.

“Kementerian telah ambil sampel air di loji di dua kawasan tersebut bagi siasatan lanjut,” katanya selepas merasmikan Program Kesihatan Rakyat Parlimen Gombak 2012, di K-Club Taman Melawati semalam.

0 ulasan:

Catat Ulasan