Dikatakan bahawa perkahwinan artis-artis Malaysia sudah mencapai tahap perkahwinan hollywood pulak. Kalau dulu, dua tiga ratus ribus. La ni daha menjangkau jutaan ringgit. Malah ada penaja yang sanggup berhabis-habisan hanya untuk memberikan tajaan dan seterusnya menjana keuntungan dari apa yang dilaburkan. Cuba korang lihat apa yang artismalaysiaterkini.com tuliskan tentang perkahwinan Norman dan Memey.
28 September, majlis perkahwinan Norman Hakim dan Memey bakal berlangsung di Hotel Crowne Plaza Mutiara. Yang menariknya, pasangan ini mendapat tajaan RM12 juta daripada Rafflesia. Rafflesia bakal berkerjasama dengan Lord’s Tailor, pendandan, Snips, Angsana Spa, Hotel Crowne Plaza dan pereka kasut Professor Dr.Jimmy Choo. Kenapa kos perkahwinan mencecah 12 juta? jom kita semak:-
1. Sebanyak 7 biji lori bunga Ros bakal menghiasi dewan perkahwinan.
2. Kasut rekaan Professor Dr. Jimmy Choo bernilai RM300 ribu.
3. Dua persalinan bernilai RM500 ribu setiap satu untuk memey.
4. 2 set barang kemas bernilai RM2.8 juta setiap satu bakal dipakai oleh memey.
5. Persiapan majlis dan dekorasi bernilai RM150 ribu.
6. Dan lain-lain kos.
Memang menakutkan. Aku terkedu bila menatap betapa mahalnya sepasang kasut. RM300 ribu. Aku teringat beberapa rayuan dari beberapa keluarga agar membantu anaknya untuk menjalani pembedahan dan sebagainya sejak akhir-akhir ini.
Merayu, menangis, memohon belas hanya untuk mendapatkan 20-30 ribu ringgit untuk kos pembedahan agar pesakit dapat hidup normal macam orang lain. Itupun susah nak dapat. Kalaulah wang untuk membeli bunga ros sebanyak 7 lori itu didermakan kepada mereka ini, sepanjang hidup meraka akan mendoakan kesejahteraan penderma.
Tapi aku akurlah. Itu strategi perniagaan. Tapi yang musykilnya pada aku yang tak berapa pandai ni, bukankah membazir itu hukumnya berdosa. 12 juta kalau dibelikan note book, agak-agaknya berapa ribu orang pelajar boleh guna dalam proses pembelajaran mereka. Atau didermakan RM500 seorang , berapa ramai penerima agaknya.
Itulah bezanya artis dan golongan yang memerlukan dan kekurangan ni. Tak ada sipa yang nak ambil tahu tentang betapa daifnya pelajar kita kala memikul beg-beg yang berisi buku. Betapa deritanya mereka yang menanggung pelbagai kesakitan sementara menunggu bantuan. Korang bayangkanlah. Setiap pagi mereka bangun dengan harapan akan terkumpul jumlah wang yang diharapkan dan saban malam sebelum menutup mata, mereka berdoa agar esok ada lagi yang menderma. Namun apa yang tinggal hanya harapan...... yang tidak pernah dapat dipenuhkan.....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan