Jumaat, 24 Februari 2012

VEENA MALIK CETUS KONTROVERSI TENTANG GAMBAR DALAM FHM

Bagaimana jika ini dilakukan oleh artis kita.ahu pening kepala mak bapak dia orang tengok. Dan bro yang melalut tak tentu hala tu mesti tambah pening. Aku nak tanya korang perlu tak kita buat satu garis panduan agar kita tak sampai ke tahap ini.......jangan esok adik beradik kita pulak yang ada kat dalam majalah FHM ini



Islamabad – Selepas berdolak dalik mengenai isu gambar bogel di muka depan majalah FHM, aktress kontroversi Pakistan, Veena Malik akhirnya mengakui dia mendedahkan bahagian dadahnya dan bukannya berbogel.

Menurut Veena, terdapat perbezaan yang besar antara mendedahkan bahagian atas badan dengan berbogel sepenuhnya.

Justeri, Veena akan meneruskan rancangan untuk menyaman penerbitan berkenaan kerana mengubah suai gambarnya sehingga menampakkan dia berbogel dalam majalah FHM di India untuk keluaran Disember itu.

Dalam perbualan telefonnya dengan CNN, Veena berkata, walaupun dia sebelum ini pernah ditawarkan oleh agensi media antarabangsa untuk berbogel namun dia akhirnya bersetuju untuk bergambar dengan FHM India, tanpa bayaran kerana ia adalah rakaman `personaliti’.

Veena berkata, gambar tersebut sepatutnya menggambarkan imej positif, bukan negatif.

Akibat penyiaran gambar berkenaan, hubungannya dengan ahli keluarganya terutama bapanya telah terjejas.

“Bapa saya enggan bercakap dengan saya, dia pernah ditemuramah oleh media dan dia terlalu sedih….Okay, saya faham dan tidak menyalahkannya,” katanya.

Sementara itu, FHM India memaklumkan Veena mengetahui mengenai gambar tersebut dan meluluskan penyiaran gambar berkenaan.

Penerbitan berkenaan kini menuntut Veena memohon maaf dan mengancam untuk menyaman semula Veena kerana menjejaskan imej majalah tersebut.

“Veena mengetahui mengenai muka depan majalah ini. Dia juga suka dengan konsep yang kita ketengahkan itu,” kata editor FHM, Kabeer Sharma.

Veena yang juga seorang model tidak pernah lekang dengan kontroversi.

Dua tahun lalu, dia mendakwa bekas teman lelakinya yang juga pemain kriket Pakistan, Mohammed Asif terlibat dalam sindiket pertaruhan. Asif kemudiannya didapati bersalah dan oleh Mahkamah di Britain, bulan lalu.

Setahun lalu, Veena dikecam golongan alim ulama Pakistan yang mengkritik kelakuannya dalan rancangan realiti Big Boss di India sebagai tidak islamik.

Namun Veena menjawab kecaman berkenaan dengan menyatakan, perbuatannya itu adalah sebahagian dalam industri hiburan.

Lagi berita dan gambar di:http://isu-hangat.blogspot.com/2012/02/pengakuan-veena-malik-dedahkan-bahagian.html

0 ulasan:

Catat Ulasan