Artis tak pedulikan doa
PAYAH sebenarnya jadi selebriti, kalau suruh Diva jadi selebriti pun, sendiri mahu ingatlah. Tapi, dah namanya selebriti, kalau yang baik-baik dijual jadi publisiti, janganlah melenting pula bila perangai negatif kalian ditulis kemudian tercetus jadi kontroversi, adatlah dunia hiburan.Sebelum melalut, Diva yang kerap longgar ingatan ini dapat satu cerita, pasal seorang selebriti yang Diva sendiri tak berapa kenal. Maklumlah, sesekali sahaja dia bertandang depan mata, itupun kalau ada projek.
Kata si pembawa cerita, baru-baru ini dia ada terserempak dengan selebriti berkenaan pada majlis kerja kahwin Yusry dan Lisa di Putrajaya. Biasalah, sebelum acara dimulakan dalam satu-satu majlis keraian orang Islam, akan ada sesi bacaan doa.
Tengah-tengah hadirin yang muslim semua menadah tangan dan mengaminkan doa yang dibaca, mata si pembawa cerita tadi terpandang gelagat selebriti tadi. Bukan terpana dengan ketampanan wajahnya, tapi katanya, selebriti itu buat bodoh sahaja. Dia langsung tak mengendahkan sesi bacaan doa. Nak mengaminkan jauh sekali sebab dua tangannya ralit duk buat benda lain. Aminkan dalam hati gamaknya.
"Tengok perangai dia, aku keliru sama ada dia tu orang Islam ke tidak, tengok nama akhirnya macam Islam, kalau orang Islam, setidak-tidaknya tunjuk hormat sikit. Sampai habis dia tak aminkan doa macam orang lain, mazhab lain agaknya," keliru muka si penyampai Diva itu bercerita.
Diva teringatkan David Teo yang sah-sah bukan Islam tapi akan panggil ustaz baca doa setiap kali memulakan acara, baik nak tayang filem baharu atau nak lancar tajuk filemnya, David pun hormat doa.
Hemm.......apa nak buat terlebih moden kot..hehehe
BalasPadamdatang dari : http://hanifidrus.blogspot.com