Pesara jururawat maut dilanggar 3 kenderaan
04/03/2012 3:18am
TANAH MERAH - Seorang pesara jururawat maut digilis tiga kenderaan manakala suaminya parah dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 71 Jalan Kota Bharu-Machang-Jeli, di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 7 pagi itu, Kamariah Osman, 63, yang ketika itu bersama suaminya,
Yahya Ahmad, 66, dikatakan sedang melintas jalan menuju ke gerai makan selepas menunaikan solat subuh di Masjid Kampung Panglima Bayu, di sini.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Tanah Merah, C/Insp Zamri Mustaffa berkata, pasangan suami isteri itu adalah anggota rombongan persatuan surau dari Kemaman, Terengganu.
Beliau berkata, Kamariah dikatakan dirempuh oleh dua kereta dari arah Tanah Merah ke Jeli dan kali ketiga oleh sebuah lagi kenderaan dari arah bertentangan ketika wanita itu berhenti di garisan berkembar di tengah jalan.
"Suami mangsa, Yahya turut rebah selepas rempuhan kali pertama, namun sempat bangun dan menyelamatkan diri dalam keadaan cedera parah. Dia dihantar orang ramai ke Hospital Tanah Merah,” katanya ketika dihubungi di sini. - BERNAMA
0 ulasan:
Catat Ulasan