Isnin, 26 Mac 2012

PEMBUNUH DIRANG DIHADAPKAN KE MAHKAMAH

Akhirnya. Orang yang disyaki dibawa ke muka pengadilan. Dihadapkan ke mahkamah untuk diadili atas perbuatan yang dilakukan. Aku tengok muka yang disyaki macam tak ada perasaan je. Bikin Panas hati.

JOHOR BAHRU - Seorang buruh kontrak dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh seorang kanak-kanak Nurul Nadirah Abdullah, 5, atau Dirang, awal bulan ini.
Tertuduh, Muidin Maidin, 24, didakwa membunuh Dirang di sebuah ladang kelapa sawit di Bandar Seri Alam kira-kira jam 11 pagi hingga 7 malam pada 1 Mac lalu.

Bagi tuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Pada prosiding hari ini, tertuduh mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohd Isa Mohamed, namun tiada sebarang pengakuan direkodkan.

Mahkamah kemudian menetapkan 4 Mei bagi sebutan semula kes berkenaan sementara menunggu laporan bedah siasat.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, M Vinodharan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, keluarga Dirang, turut hadir ke mahkamah bagi mengikuti prosiding yang dijalankan.
Ibunya, Roselyn Alan, 25, hadir bersama Milnah Jul, 56, dan saudara terdekat hadir kira- kira jam 9.30 pagi.

Sementara itu, seorang rakan tertuduh yang turut dikaitkan dengan kes Dirang tidak didakwa atas tuduhan membunuh sebaliknya mengaku bersalah atas tuduhan penyalahgunaan dadah, 2 Mac lalu.
Razmin Mosum, 34, yang juga seorang buruh mengaku mengaku melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Seri Alam, di sini jam 8.40 malam pada tarikh tersebut.
Mohd Isa menetapkan hukuman penjara sebulan berkuat kuasa dari tarikh tangkap dan pengawasan polis selama dua tahun ke atas Razmin.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, M Vinodharan manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, keluarga Dirang turut hadir ke mahkamah bagi mengikuti prosiding yang dijalankan.
Ibunya, Roselyn Alan, 25, hadir bersama Milnah Jul, 56, dan saudara terdekat kira-kira jam 9.30 pagi.
Sementara itu, Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan seorang wanita yang turut ditahan bagi membantu siasatan kes pembunuhan Dirang telah dilepaskan tanpa syarat.

1 ulasan: