Isnin, 21 Mei 2012

BERSIH 4.0

Persatuan peniaga  ingin mengadakan perhimpunan 4.0 khusus untuk menyedarkan rakyat betapa perlunya keharmonian dan kesejahteraan di negara ini. Itu yang dilaporkan oleh Sinar Harian. Bersih 4.0 juga adalah mesej kepada S. Ambiga yang telah menganjurkan 3 siri bersih yang mendatangkan kerugian kepada peniaga-peniaga. Sesuatu yang ironis. Nampaknya dah jadi perang saraf pulak kat negara kita ni.

Satu pihak buat, satu pihak balas balik. Bimbang juga kalau asyik macam ni jer bila nak tengok kemajuan negara. Takkan nak jual kuih bahulu je sebagai produk satu kampung satu produk. Pusing-pusing kat situ jer. Tengoklah apa jadi kat Pelestine. Tak serik ke. Asyik dilanda gelora nak memajukan negarapun tak boleh. Sampai bila kita nak jadikan keganasan sebagai trend rakyat kita.

Pihak yang berkuasa takkan nak bagi amaran je. Sesekali kena tunjuk tindakan tegas. Biar rakyat tahu negara begitu serius menguatkuasakan undang-undang. Jangan buat apa-apa operasi pas tu asyik bagi masa berkali-kali dan akhirnya ceritanya senyap macam tu je.

1 ulasan: