Isnin, 7 Mei 2012

HARI GURU 2012

Hari Guru 2012 akan menjelang tiba pada 16 Mei ini. Terpanggil untuk menulis tentang suka duka guru-guru yang pernah mengajar, sedang mengajar dan akan mula mengajar. Kehidupan guru ini indah namun kerana beberapa sebab maka profession guru kini menjadi bahan bicara.

Dahulu guru-guru berbasikal ke sekolah. seorang guru untuk dua tiga kelas. Kini pelbagai jenis guru ada di sekolah dengan beban yang semakin bertambah. Paling selalu kita dengar guru mendapat cuti yang lebih. Benarkah? Bila bertanya rakan-rakan guru, hakikatnya 1/4 dari cuti mereka diperuntukkan untuk pelbagai aktiviti sekolah. Cuti pertengahan tahun yang akan tiba tidak lama lagi sebahagiannya akan dipenuhi dengan kelas tambahan.  Jadi bila masanya mereka bercuti. Kalau sektor lain, apabila habis tugas jam 5.00 petang, mereka akan melupakan tugas seketika tetapi tidak bagi guru-guru. Malamnya digunakan untuk menanda tugasan pelajar, menyediakan persiapan untuk pengajaran hari esoknya ataupun merangka program-program untuk sekolah. Terlalu banyak tugas perkeranian. Cuma ramai yang tidak melihat sisi itu sebenarnya.

Jangan tersilap sedikit, maka akan bertambahlah pelbagai subjek baru. Semuanya hendak dimuatkan dalam kurikulum sehingga pelajar tak tahu mana yang penting atau tidak. Semuanya bertambah mengikut arus politik. Bial berlaku kemalangan, disarankan agar kurikulum jalanraya dimasukkan. Bila berlaku pembuangan bayi, tambah satu lagi kurikulum.

Apapun guru tetap tabah. Yang menyedihkan elaun guru besar RM100 dan elaun penolong kanan RM60. Itulah habuan untuk mereka yang terpaksa bertugas seharian mentadbir sekolah sejak sekian lama. Belum ada lagi tambahan elaun yang dibuat

1 ulasan:

  1. Semua kerja susah tapi jadi guru ini tanggungjawab dia lagi besar kerana ia pendidik bangsa...
    Support me by Daily vote me for blogger of the year

    BalasPadam