Isnin, 14 Mei 2012

Mencari Erti Sebenar Hari Guru

Setiap tahun Hari Guru disambut di merata pelusuk negara. dari Muara Tebas, di Sarawak  hingga ke Padang Besar di utara Malaysia. Kumandang lagu Guru Malaysia akan kedengaran. Salam bertukar. Ucapan bergetar.
N amun acap kali guru dimomokkan dengan gaji mahal, cuti banyak, kerja tak seberapa. benarkah momokan ini. Sedangkan guru bertugas tanpa mengira masa. Tanpa mengira penat lelah. Tanpa overtime. Tanpa ada apa-apa pembelaan yang sewajarnya. Dengan elaun RM100 untuk Guru Besar, terpaksa menjaga pentadbiran sekolah, karenah guru dan murid dan bertanggung jawab terhadap apa sahaja. Wajarkah semua ini.

Masih ada sistem KUP (Khas untuk penyandang) untuk guru-guru. Mengajar 20 tahun masih di tahap lama. Sampai bila perkara ini harus berlaku. Guru-guru bertugas membawa pelajar-pelajar terpaksa makan apa yang pelajar makan. Menumpang peruntukan pelajar. tak cukup dengan itu, PTD dimasukkan ke dalam perkhidmatan pendidikan. Kononnya guru tak pandai mentadbir. Tapi apa yang kita lihat 50 tahun negara merdeka, berapa ramai yang telah guru lahirkan sebagai cerdik pandai termasuk PTD. Aduhai Kementerian Pelajaran, semak dan dengarlah rayuan guru-guru agar terbela nasib guru-guru.

1 ulasan:

  1. Setiap dunia pekerjaan pasti ada yang kita tak berpuas hati...

    BalasPadam