Khamis, 14 Jun 2012

BERITA YANG DAH LALI DIBACA

SEREMBAN: Seramai 47 wanita warga asing yang disyaki bekerja sebagai pegawai pelayan pelanggan (GRO) ditahan dalam tiga serbuan berasingan oleh Jabatan Imigresen Negeri di tiga buah premis hiburan sekitar bandar ini, di sini malam tadi.
Pengarah jabatan itu, Faizal Fazri Othman berkata, wanita berusia antara 18 hingga 45 tahun itu terdiri daripada 27 warga China dan 20 warga Vietnam.
"Lokasi pertama iaitu di sebuah premis di Taman AST, kita telah menahan lapan orang wanita yang disyaki GRO terdiri daripada lima warga Vietnam dan tiga lagi warga China. Lapan lagi warga China ditahan di lokasi kedua di kawasan yang sama.

"Lokasi ketiga iaitu di sebuah premis hiburan di Rasah Jaya, kita menahan 31 warga asing terdiri daripada 16 warga China dan 15 warga Vietnam," katanya kepada pemberita selepas operasi itu, di sini hari ini.

Katanya, kesemua mereka ditahan kerana disyaki melanggar pelbagai peraturan imigresen seperti menyalahgunakan pas lawatan sosial, tidak memiliki dokumen perjalanan dan dokumen tidak sah. - Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan