Sabtu, 16 Jun 2012

KERBAU KAKI BOLA


Gelagat Sitam menjadi penjaga gol ketika sekumpulan remaja wanita bermain bola di Kampung Meritam, Limbang, Sarawak, baru-baru ini. - Utusan/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN
LIMBANG 15 Jun - Seekor kerbau jantan di Kampung Meritam di sini, menjadi kesayangan penduduk apabila menunjukkan kebolehan bermain bola sepak.
Lebih menarik, kerbau berusia tiga tahun setengah yang digelar Sitam itu turut menemani pemiliknya menyertai golongan belia di kampung berkenaan bermain bola sepak.
Pemiliknya, Sakdi Osman, 38, berkata, dia menyedari minat Sitam bermain bola sepak kira-kira setahun lalu.
Menurutnya, dia gemar bersiar-siar sambil menunggang Sitam mengelilingi kampung pada waktu petang sebagai persiapan untuk menyertai pertandingan lumba kerbau sempena Pesta Babulang pada setiap tahun.
"Setiap kali melalui padang bola, Sitam akan berhenti tanpa sebab. Puas saya menyuruhnya bergerak, namun dia tidak berganjak sedikit pun.
"Jadi saya meminta kanak-kanak di padang bola itu menendang bola ke arah Sitam. Tidak sangka dia menendang semula bola tersebut," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini.
Tambah Sakdi, minat dan kebolehan Sitam itu membuatkan dia bercadang mempopularkan aktiviti bermain bola sepak sambil menunggang kerbau dalam kalangan penduduk kampung.
"Aktiviti ini sangat unik dan berpotensi diketengahkan sebagai produk pelancongan di kampung kami pada masa depan," katanya sambil menambah selain menendang bola, Sitam juga mampu berlari dengan pantas.
Kepantasan kerbau itu, membolehkan Sakdi mendapat tempat kedua pada pertandingan lumba kerbau sempena Pesta Babulang yang berlangsung di Batu Danau, dekat sini pada 8 hingga 10 Jun lalu

0 ulasan:

Catat Ulasan