Selasa, 5 Jun 2012

KOMUTER OH KOMUTER

Pengalaman berulang alik dengan komuter membawa aku melihat pelbagai fenomena yang menarik dan memualkan. Terbaru saat menggunakan perkhidmatan komuter seawal jam 6.00 pagi, aku terjumpa satu insiden yang memalukan. Dua pemuda tempatan yang berada di bawah pengaruh alkohol menaiki komuter yang sama dengan aku dan beberapa penumpang lain termasuk pelancong asing. Mereka tidak mengganggu tetapi karenah mereka amat memualkan.

Salah seorangnya tidur di atas kerusi menyebabkan penumpang lain tidak dapat menggunakan kerusi itu. Manakala seorang lagi yang mula tidur di atas kerusi mengelunsur turun dan tidur di atas lantai komuter. Betul-betul di tengah laluan penumpang. Tanpa memperdulikan orang lain pemuda tadi berdengkur. Sesekali menjerit-jerit tak tentu hala. Sambil memasukkan tangan ke dalam seluar dan mengaru-garu punggung. Dua tiga penumpang wanita terpaksa memaling muka ke arah lain. Ini dilakukan beberapa kali.

Aku tinjau juga kalau ada Polis Bantuan sewaktu tren berhanti di stesen, tapi tak kelihatan. nampak cebekan pada wajah pasangan pelancong yang meluat melihat gelagat pemuda tadi. Nampaknya KTM kena letakkan polis Bantuan dalam setiap tren untuk elakkan kejadian macam ini berlaku. Memalukan negara dan perkhidmatan KTMB yang baru nak mencipta nama baik baik semula.

1 ulasan:

  1. emmm!!! sebab tu arak diharamkan....
    manusia hilang panduan...

    BalasPadam