Khamis, 14 Jun 2012

PENGURUS BANK DIBUNUH DALAM ROMPAKAN

SIBU: Pengurus cawangan sebuah bank asing di sini ditemui mati, dipercayai dibunuh dalam satu cubaan merompak di rumahnya di Ulu Sungai Merah, di sini kira-kira jam 1.30 pagi semalam.
Polis mengenal pasti mangsa sebagai Stephen Wong, 31, pengurus cawangan HSBC Bank di sini.
Isteri mangsa memberitahu pemberita hari ini, ketika kejadian, dia melihat suaminya bergelut dengan seseorang di dalam bilik tidur mereka.

Apabila suaminya meminta dia menyalakan lampu, wanita itu berkata dia nampak suaminya terbaring berhampiran katil dengan kecederaan di seluruh badan yang dipercayai akibat objek tajam.


Wong kemudian meminta isterinya menelefon bapa saudaranya untuk mendapatkan bantuan dan sebaik tiba, bapa saudaranya itu segera menghubungi polis namun Wong telahpun meninggal dunia. - Bernama

Sumber: Harian Metro

0 ulasan:

Catat Ulasan