Isnin, 18 Jun 2012

TIZ ZAKIAH... APA CERITA

Berita ini aku petik dari malaysiandigest.com tentang si kecil molek Tiz Zakiah ni. Apa hal pulak awek cun sorang ni.... korang bacalah sendiri

Tiz Zaqyah Tetap Berdiam

PrintE-mail
Friday, 15 June 2012 10:03

Si lelaki dah kata, tak mahu komen apa-apa. Seperti yang dijangka, si wanita, Tiz Zaqyah juga memilih untuk berdiam saja berhubung baru-baru ini timbulnya isu tweet Remy Ishak yang meluahkan rasa kecewa dek kerna layanan endah tak endah kekasih hatinya itu.
Menurut Tiz menerusi laporan blog hiburan Rotikaya, dia masih menegaskan yang dirinya seorang yang sukar untuk berkongsi hal peribadi kepada umum. Bahkan kata bintang drama Dejavu di Kinabalu itu tidak ada apa yang perlu dijelaskan kerana spekulasi mengenai hubungan cinta mereka, tetap terus diperkatakan.

“Saya tidak tahu hendak komen apa sebab saya jenis yang sukar untuk berkongsi kisah peribadi dengan sesiapa. Mungkin 10% sahaja tentang diri saya yang orang luar tahu,” ujar Tiz Zaqyah.

“Ia (spekulasi) akan tetap terjadi. Orang akan tetap berkata sama ada saya bercerita atau tidak. Bagi saya, lebih baik saya berdiam diri. Lagi pun ia’nya perkara normal, boleh terjadi kepada sesiapa sahaja,” tambah’nya.

Adakah hubungan Tiz Zaqyah & Remy Ishak masih berjalan atau sudah berakhir? Menurut Tiz Zaqyah, mereka berdua semestinya akan bercakap tentang hal ini & isu ini hanya secubit sahaja dari perjalanan hubungan mereka

0 ulasan:

Catat Ulasan