Isnin, 9 Julai 2012

FESTIVAL TANGKAP KUDA LIAR

Kalau di luar negara ada festival tangkap kuda liar. Apa kata kat negara kita, kita buat pula festival tangkap kuda rempit. Tiap-tiap minggu. Buat juga operasi tangkap peragit tiap-tiap minggu. Tanpa henti dan paparkan muka peragut tu. Bukan apa. Dah ramai yang mati akibat mereka. Kita tunjukkan muka manusia tak berahti perut tu pada orang ramai.

Tangkap kuda liar guna tangan kosong



DUA ekor kuda berlawan semasa sambutan pesta Rapa Das Bestas di kampung Sabucedo, barat daya Sepanyol kelmarin.



MADRID, Sepanyol - Beratus-ratus ekor kuda liar ditangkap, dibersihkan dan bulu ekor haiwan tersebut dipotong dalam festival tradisional dikenali sebagai Rapa Das Bestas.
Acara berkenaan yang jatuh pada hujung minggu pertama setiap Julai, disambut oleh penduduk kampung di kawasan Galicia, barat daya Sepanyol.
Diraikan sejak lebih 400 tahun dahulu, Rapa Das Bestas atau "menjinakkan haiwan liar" menyaksikan pemuda-pemuda menangkap dan menjatuhkan kuda liar dengan tangan kosong.


PENDUDUK kampung mengumpulkan kuda liar di kawasan berbukit di sekitar kampung Sabucedo pada Jumaat lalu.



Mereka kemudian akan membersihkan kuda itu dan memotong bulu haiwan tersebut.
Festival berkenaan yang menjadi tumpuan pelancong asing berlangsung selama tiga hari. - REUTERS

0 ulasan:

Catat Ulasan