Selasa, 31 Julai 2012

JUS KATAK PENAWAR LEMAH SYAHWAT

Barangkali anda biasa minum pelbagai jenis jus yang diperbuat dari pelbagai jenis buah-buahan. Namun saya ingin menawarkan sejenis jus yang HEBAT dan boleh menggantikan Viagra. Ternyata JUS KATAK ternyata benar-benar memiliki khasiat untuk mengubati beberapa penyakit tapi bagi orang-orang tertentu jus ini ternyata boleh mengubati penyakit impoten atau mati pucuk.

Jus ini hanya boleh di Peru. Masyarakat negara ini percaya Jus Katak memiliki khasiat sebagai penambah stamina dan ternyata laris di pasar tempatan di Bandar Lima Peru. Jika anda berminat anda harus ke sana. Jus ini kononnya dapat mengubati astma, bronkitis dan juga tubuh-tubuh yang lesu.

Seorang penjual Jus Katak ini, Carmen sentiasa sedia melayan kehendak pelanggan. Apabila terdapat pesanan Carmen akan mengambil seekor katak dari bekas yang disediakan kemudian membelah tubuh katak tersebut untuk diisikan dengan kacang putih, madu, lidah buaya serta Maca sejenis viagra tulen.


Katak tadi akan dimasukkan ke dalam gelas dan dikocak seperti milkshake dan sedia untuk diminum. Bagaimana? Anda berani meminumnya

Sumber


0 ulasan:

Catat Ulasan