Jumaat, 13 Julai 2012

KES BUNUH LAGI

Juruteknik didakwa bunuh kerani

13/07/2012 5:20pm

KUALA LUMPUR — Seorang juruteknik kilang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ampang di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kerani bank, bulan lepas.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada B. Vijendran ketika pertuduhan dibacakan di hadapan MajistretNoor Farah Hazwani Osman.

Vijendran, 33, didakwa membunuh P. Yogambika, 27, di kaki lima Tingkat 9, Blok B, Mesra Prima Apartment, Jalan Ikan Emas, dalam daerah Polis Ampang Jaya, Selangor, pada 10 malam, 28 Jun lepas.

Dia yang diwakili peguam A. Bala Naido didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 6 November untuk tarikh sebutan. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Eliana Ismail.

Akhbar sebelum ini melaporkan seorang kerani bank yang baru dua minggu mengikat tali pertunangan dijumpai dalam keadaan rentung selepas diserang dan dibakar di hadapan rumahnya di sebuah apartmen di Ampang. — BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan