Selasa, 24 Julai 2012

SHILA AMZAH-WIKIPEDIA

Sumber Gambar- Sinar Harian

Biografi
Shila sudah lama menceburi bidang nyanyian sebelum menyertai OIAM. Mula-mulanya beliau memakai nama gelaran Shila Tekno selaku penyanyi kanak-kanak, kemudian beralih ke nama Sha-Hila ketika berusia remaja muda lagi. Nama gelaran "Shila" diberi oleh pihak penganjur OIAM sebagai kod undian SMS. Pada malam Grand Finale OIAM2, Shila diberi lagu baru bertajuk Memori Tercipta sebagai taruhan untuk merebut gelaran juara. Beliau tewas kepada Norayu Damit, namun kedua-dua mereka tetap diberi kontrak rakaman oleh Monkey Bone Records yang diketuai Ahmad Izham Omar.

Sungguhpun begitu, Shila akhirnya merasa kemenangan di pesta Penang Shanghai World Star Quest 2008 yang diadakan di Pulau Pinang, dua bulan selepas OIAM di mana beliau menghadapi saingan dari penyanyi-penyanyi luar negara. Di sinilah beliau memenangi dua anugerah pertamanya sebagai artis rakaman, iaitu Anugerah Emas dan Lagu Terbaik.
Shila telah berkolaborasi dengan Dafi dari Akademi Fantasia 5 dalam pembikinan lagu baru Rentak Optimis akhir-akhir ini. Lagu baru ini dicipta khas oleh Coca-Cola sebagai lagu tema kempen iklan baru jenama gergasi ini. Video muzik Rentak Optimis boleh ditontoni di http://www.youtube.com/watch?v=UEHpKSiKE_4

0 ulasan:

Catat Ulasan