SHAH ALAM - Polis mengesahkan punca kematian wanita ditemui mati di kawasan semak tepi pagar sebuah stor besi di Batu 2, Rawang, kelmarin disebabkan jerutan di leher.Mangsa, E Vally, 25, berpakaian lengkap ditemui mati dengan kesan tikaman oleh pekerja kilang yang kebetulan melalui kawasan itu kira-kira jam 3 petang.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa mengandung lima bulan.

Menurutnya, mangsa dipercayai cuba dirogol berikutan penemuan kesan cecair dalam kemaluannya, tetapi tiada kesan kemasukan secara paksa.

“Pemeriksaan awal, menemui kesan tikaman di dada dan kepala mangsa disyaki dicederakan dengan menggunakan senjata tajam,” katanya.

Menurutnya, mayat Valley dikenal pasti ibunya, P Anjile, 56, di Hospital Sungai Buloh. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, Anjile berkata, suami Valley masih menjalani tempoh tahanan di Penjara Sungai Buloh