Selasa, 17 Julai 2012

TIADA TEMPAT BAGI YANG JUJUR

Anda mahu JUJUR dalam pekerjaan anda? Saya merasakan tidak perlu jujur kerana tiada tempat bagi orang yang jujur. bagi orang mahu melakukan tugas berpandukan etika pekerjaan. Bodek membodek, hasut menghasut, cantas mencantas adalah budaya zaman ini. Masing-masing mahu menjadi yang terbaik dengan memburukkan orang lain. Meletakkan orang lain dalam keadaan yang salah dan kemudian menjadi hero dalam bidang itu

Jujur sudah menjadi mitos dalam dunia ini. Itu pendapat saya. Anda berhempas pulas tetapi tidak tahu memanipulasi keadaan maka anda akan tertinggal di belakang. Menjadi mangsa permainan mereka yang bijak memanipulasi keadaan. Sedihnya perkara ini dilakukan oleh segolongan mereka yang kelihatan taat beramal. Mereka yang manis di depan mata rupanya bersulam belati di lidah. Tangan kanan berjabat salam, bibir menguntum senyum tapi hati segelap-gelapnya.

Atas nama sebuah tanggung jawab kononnya mereka secara sedar menganiaya orang lain. Memburukkan orang lain. Mencampakkan pasir ke dalam periuk nasi orang lain. Bagi sahabat-sahabat ingatlah kejujuran anda belum tentu mendapat tempat untuk dipertimbangkan.......

0 ulasan:

Catat Ulasan