Khamis, 13 September 2012

PENGGUNA TERPEDAYA DENGAN CARA HALUS

Pelbagai taktik  digunakan untuk memperdayakan pengguna telefon bimbit terutama pengguna kad prabayar. Tanpa sedar pengguna dikatakan melanggan sesuatu perkhidmatan dan dikenakan yuran pengaktifan setiap minggu pada kadar yang amat tinggi sehingan mencapai  nilai dua ringgit atau lebih. Pada kali pertama pengguna tidak perasan potongan yang dilakukan namun setelah masuk minggu kedua, pengguna merasakan bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Dan potongan ini akan berterusan dari minggu ke minggu. Sedangkan pengguna tidak pernah menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Ini yang dikatakan penipuan cara halus. Pihak pengendali perkhidmatan seharusnya lebih telus dalam menarik minat pengguna bukan menggunakan taktuk halus sebegini.

1 ulasan:

  1. Dulu selalu kena terutama bila onkan sms mereka...huhuu

    BalasPadam