Isnin, 20 Februari 2012

GIGIT TELINGA DENDA RM 2000

Korang fikir masak-masak. Kalau nak gigit apa-apa jangan kat telingan. Kalau kat telinga kena denda RM2000. Gigit kat tempat lain. Tempat yang murah sikit. Kat mana??? Mana aku tahu. Carilah sendiri

Tukang rumah didenda RM2,000 gigit telinga polis
KUALA TERENGGANU: Gara-gara menggigit telinga anggota polis ketika cuba melarikan diri dari tahanan, seorang tukang rumah hari ini dikenakan denda RM2,000 atau penjara dua bulan jika gagal membayar denda.
Mohd Shukri Muda, 34, dari Gong Pak Jin, Batu Rakit, di sini didakwa menyebabkan kecederaan terhadap Konstable Amran Yahya, 23, bagi menakutkan penjawat awam itu daripada menjalankan kewajipannya.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu pada jam 8.25 malam, 12 Februari lalu bertempat di Balai Polis Gong Badak, di sini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 332 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya.
Mohd Shukri yang memakai baju lokap polis dan berjalan terhencut-hencut akibat terkena tembakan di kaki yang dilepaskan anggota berkenaan untuk mempertahankan diri, mengaku salah sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi.
Pendakwaan dijalankan pegawai pendakwa Inspektor V Ravi. - Bernama

0 ulasan:

Catat Ulasan