Isnin, 20 Februari 2012

PENYELIA TERLAMPAU

Terlebihlah ni bro. Kaumain ludah-ludah. Ko ingat ko siapa? Wangi sangat ke ludah ko? Inilah masalahnya bila tak ada kuasa dapat kuasa. Macam kaduk naik junjung. Macam kudung dapat cincin. Korang bacalah sendiri. Malas nak komen....

Makan ludah penyelia asrama

Oleh Zulfa Mohamad
am@hmetro.com.my

KEPALA BATAS: Gara-gara berbual dengan rakan, seorang pelajar sebuah sekolah agama bantuan kerajaan dekat sini, bukan saja ditampar pipinya dan diarah melakukan ketuk ketampi sebanyak 200 kali, malah mendakwa diludah ke dalam mulut sebagai hukuman.
Hukuman dianggap keterlaluan itu didakwa dilakukan penyelia asrama sekolah di Lahar Minyak, dekat sini, pada jam 11 malam, 10 Februari lalu.
Berikutan tindakan luar batasan itu, bapa pelajar berkenaan, Helmi Ismail, 37, dari Permatang Kuang, di sini, kesal dengan hukuman penyelia asrama terbabit.

Beliau menyifatkan tindakan penyelia berkenaan sebagai penghinaan kepada anaknya, Muhammad Huzaimie, 13, selain mengambil alih kuasa warden asrama dan guru disiplin.

Menurutnya, anaknya dikatakan melakukan kesalahan apabila berbual dengan dua rakan, Asri Elias dan Ammar Shahidan yang juga berusia 13 tahun dalam bilik asrama.

0 ulasan:

Catat Ulasan