Selasa, 14 Februari 2012

JPA, SBPA DAN CUEPAC- ISU YANG TAK HABIS LAGI

Cuba dari awal dulu ajak berunding. Bukan ke senang. Tapi inilah masalah JPA. Buat ikut sedap sendiri. Tak nak berunding. Kenaikan gaji tak selaras. Kekananan tidak diambil kira. Inilah kesannya. Bila orang bangkit isu baru nak terkial-kial.

Cuepacs yakin masalah SBPA selesai awal

14/02/2012 8:43pm


PUTRAJAYA 14 Feb. - Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yakin segala masalah berbangkit berhubung Skim Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan dapat diselesaikan lebih awal iaitu sebelum tempoh ditetapkan untuk pasukan khas itu membuat semakan yang berakhir 16 April ini.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, selepas bermesyuarat sebanyak tiga kali, pihaknya mendapati anggota jawatankuasa pasukan khas itu juga semakin terbuka dalam mendengar pandangan dan maklum balas daripada Cuepacs.

"Dalam perbincangan hari ini, suasana tenang sedikit selepas dua mesyuarat petugas khas berjalan. Kita berbincang dengan baik dan dalam perbincangan, kita harap SBPA dapat diselesaikan sebaik mungkin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat ketiga pasukan petugas khas itu di sini hari ini.

Beliau berkata, selain mengambil perhatian mengenai aduan-aduan individu berhubung SBPA, lima tuntutan utama Cuepacs sebelum ini masih dibincangkan pada mesyuarat kali ini.
Lima tuntutan itu ialah mengkaji semula prinsip pemindahan gaji penjawat Gred 54 ke bawah; mengekalkan status kekananan penjawat dalam Skim Saraan Malaysia (SSM); mengkaji semula tangga gaji maksimum; menyenaraikan penjawat yang layak memperoleh kenaikan gaji tujuh hingga 13 peratus dan menyemak semula penstrukturan kenaikan gaji bagi semua gred.
Omar berkata, mesyuarat pasukan petugas khas seterusnya dijangka diadakan pada 22 Februari ini. - BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan