Selasa, 14 Februari 2012

LAGI BAYI DIBUANG DALAM BALDI

Satu lagi hal yang bikin panas. Inilah gejala yang melanda masyarakata hari ini. Ditambah lagi sambutan Valentine hari ni. Entah berapa ramai yang sanggup MENGGADAI DARA untuk cinta pada hari. Dan 9 bulan akan datang kita akan dengar SEJUMLAH baya yang dibuang angkara cinta.

Mayat bayi perempuan ditemui dalam baldi

14/02/2012 8:09pm


KOTA BAHRU - Mayat seorang bayi perempuan dijumpai dalam sebuah baldi di bilik air surau sebuah kolej swasta di Bachok di sini hari ini.

Bayi yang cukup sifat dan dipercayai baru dilahirkan itu ditemui oleh dua pencuci tandas sebelum melaporkan kepada penyelia kolej berkenaan pada kira-kira pukul 10.40 pagi.

Ketua Polis negeri, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, polis menerima aduan mengenai penemuan mayat bayi itu daripada seorang pegawai dari kolej tersebut.

Mayat bayi itu dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk dibedah siasat dan setakat ini polis belum mengetahui motif pembuangan bayi itu, katanya.

Jalaluddin berkata, setakat ini tiada tangkapan dibuat bagaimanapun polis sudah mengenal pasti suspek yang membuang bayi tersebut. - BERNAMA

0 ulasan:

Catat Ulasan