Sebagaimana yang MH Online janjikan, kami berjaya mendapat maklumat lanjut berhubung kelahiran bayi perempuan sulung pasangan popular Mawi dan Ekin.

MH Online berjaya menghubungi pengurus peribadi Mawi, Mohd Nasir Ismail, yang mengesahkan bahawa Ekin telah dimasukkan ke Hospital Pakar An-Nur Hasanah di Bangi pada jam 10 malam semalam dan selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada jam 4 pagi tadi selepas diberikan suntikan ubat pelali kerana mempunyai sedikit komplikasi untuk bersalin.

Bayi seberat 2.8 kilogram yang dilahirkan secara normal itu belum diberi nama dan Mawi belum bersedia untuk mendedahkan wajah anak sulungnya buat masa ini. Ekin akan menghabiskan tempoh berpantang di rumahnya di Bangi dibawah jagaan ibunya.

MH Online difahamkan, satu majlis kesyukuran akan diadakan dalam masa terdekat bagi meraikan kehadiran puteri kesayangan mereka.

Pasangan ini telah bernikah pada 21 Disember 2008