Selasa, 28 Februari 2012

KOMPUTER DIMUSNAHKAN... ALANGKAH BAIK KALAU DIAGIH-AGIHKAN....

Dengan bangganya MPHTJ mengumumkan tindakan mereka MEMUSNAHKAN komputer yang dirampas dari kedai-kedai JUDI. Baguslah. Tindakan yang dipuji. Tapi tak terfikirke nak GUNAKAN kepakaran anak tempatan kita. UBAHSUAI semula komputer agar menjadi seperti KOMPUTER BIASA dan didermakan ke kampung-kampung untuk diletakkan di Balai Raya atau di mana-mana yang sesuai agar anak-anak yang tak BERKEMAMPUAN DAPAT menggunakannya. Yang bersalah TUAN KOMPUTER, yang kena denda KOMPUTER, Berfikirlah cara nak membantu bukan menghantui dalam banyak tindakan......

MPHTJ musnahkan komputer mesin judi bernilai RM500,00



Md. Yunos Husin (empat dari kiri) melempar sebuah monitor sambil diperhatikan Sapiah Haron (dua dari kiri) sebagai simblik melupuskan komputer mesin judi di Melaka, semalam.



MELAKA 27 Feb. - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) hari ini melupuskan 924 monitor dan unit pemproses pusat (CPU) yang diubahsuai menjadi mesin judi haram bernilai lebih RM500,000.

Yang Dipertuanya, Sapiah Haron berkata, semua mesin judi komputer itu dirampas ketika membuat operasi di 20 buah kafe siber tanpa lesen yang menjalankan kegiatan judi haram sejak tiga bulan bermula Oktober sehingga Disember tahun lalu.

Menurut beliau, antara premis terlibat adalah kebanyakannya di kawasan Batu Berendam seperti Taman Datuk Tamby Chik Karim, Taman Bachang Baru, Taman Mutiara Melaka, Taman Merdeka, Taman Cergas, Taman Bachang Baru dan Taman Batu Berendam Putra selain Taman Bukit Melaka, Bukit Beruang dan Rumah Pangsa Murni di Ayer Keroh.

"Ada pengusaha premis ini masih terus menjalankan aktiviti judi komputer walaupun sering diperiksa seperti sebuah premis di Taman Batu Berendam Putra yang diserbu sebanyak tiga kali iaitu pada 19 Oktober, 12 dan 13 November dan disitu sahaja kita telah merampas 88 buah komputer.
"Begitupun, penguasa-penguasa ini terus berdegil dan kembali beroperasi selepas beberapa hari kemudian," katanya kepada pemberita pada majlis pelupusan mesin judi di kawasan tapak letak kereta MPHTJ, Melaka Mall di sini hari ini.

Perasmian pelupusan disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Md. Yunos Husin.

Mengulas lanjut, Sapiah berkata, anggota penguat kuasanya akan terus melakukan pemantauan di setiap 20 premis haram tersebut kerana mendapati 16 daripadanya terus berdegil menjalankan perniagaan.

"Pemantauan melalui penyamaran yang dilakukan mendapati, premis-premis ini ditutup, namun, kita masih menerima aduan orang ramai yang mengatakan ia beroperasi semasa ketiadaan kita.
"Malah, operator judi haram ini bijak memilih menjalankan perniagaan bersebelahan restoran untuk mengaburi mata pihak berkuasa yang mungkin beranggapan mereka adalah pelanggan restoran sedangkan ia pelanggan mereka yang datang untuk berjudi," katanya.

Menurutnya, walaupun pernah mendapat kerjasama dengan pengusaha restoran terbabit untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), pemilik restoran kini tidak lagi berani menjadi pemberi maklumat atas faktor keselamatan diri dan perniagaan mereka.

0 ulasan:

Catat Ulasan