Pertambahan pelancong China ke Malaysia selepas pembatalan sistem VOA amat ketara. Seperti ketaranya kes-kes tangkapan yang dilakukan oleh pihak berkuasa. MALANGNYA, pihak Imegresen tidak mempunyai kuasa untuk membezakan pelancong atau............ Apa yang kita nak buat. Bimbang semakin ramai rakyat Malaysia tertarik dengan barang dari China seperti yang dah melambak kat kedai RM2. Nampaknya, kita perlu ada instrumen pemantauan ke mana arah pelancong-pelancong ini selepas memasuki negara kita....
Pelancong China naik 40 peratus
Sumber; Kosmo
KUALA LUMPUR - Bilangan pelancong dari China yang berkunjung ke negara ini meningkat 40 peratus pada tahun lepas berbanding tahun sebelumnya walaupun setelah visa waktu ketibaan (VOA) dimansuhkan.
Dengan sekadar menggunakan pas lawatan sosial menggantikan VOA, bilangan pelancong China sepanjang tahun lalu mencecah 1.4 juta orang berbanding 1.01 juta pada tahun 2010.
Menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Alias Ahmad (gambar), peningkatan jumlah pelancong China itu membuktikan pembatalan VOA pada tahun lepas tidak memberi kesan kepada kemasukan pelawat.
"Kami tidak boleh ada rasa prejudis dengan memeriksa kesemua pelawat memandangkan ada di antara mereka mengunjungi negara ini dengan niat untuk melancong atau menziarahi saudara dan kenalan.
"Pihak Imigresen juga tidak boleh periksa gadis-gadis yang masuk ke negara ini dengan alasan mereka mungkin mahu jadi GRO melainkan ada bukti mereka telah melakukan kesalahan," ujarnya ketika dihubungi di sini semalam.
Ahad, 12 Februari 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan