Tembakan rambang, lima pelajar cedera, tiga mangsa kritikal
28/02/2012 2:03am
WASHINGTON 28 Feb. - Seorang pelajar ditahan pihak polis selepas disyaki melepaskan tembakan rambang di sebuah sekolah tinggi di Ohio, Amerika Syarikat, semalam, menyebabkan lima pelajar sekolah terbabit tercedera.
Stesen televisyen WKBN berkata, suspek telah melepaskan tembakan rambang ke arah sebuah kafeteria yang dipenuhi pelajar Sekolah Tinggi Chardon sebelum melarikan diri.
Katanya, tiga mangsa dilaporkan dalam keadaan kritikal dan suspek terbabit merupakan pelajar sekolah yang sama serta bertindak bersendirian. - AFP
0 ulasan:
Catat Ulasan