Selasa, 28 Februari 2012

GELANDANGAN DIGEMPUR PATI BILA LAGI?????

baguslah usaha yang dilakukan oleh DBKL yang kononnya MELAKSANAKAN OPERASI GEMPUR GELANDANGAN. Mereka ini dikatakan menjatuhkan imej negara pada pandangan rakyat luar. Tapi aku nak tanya, bila nak MENGGEMPUR AWANG HITAM, MINAH HITAM, PATI DARI VIETNAM, NEPAL, INDONESIA. Program 6P asyik tangguh je. Dari bulan ke bulan. Beberapa lokasi dah jadi PUSAT beberapa komuniti orang luar bukan WARGANEGARA lagi.

DBKL gempur gelandangan





Sebuah keluarga gelandangan turut ditahan dalam operasi bersepadu oleh DBKL bersama beberapa agensi penguat kuasa di sekitar Kuala Lumpur, baru-baru ini. - UTUSAN/Abdul Razak Latif



KUALA LUMPUR 27 Feb. - Tatkala melalui jalan di sekitar ibu kota pada waktu malam, pasti akan kelihatan golongan gelandangan yang menjadikan kaki lima dan kemudahan awam seperti perhentian bas sebagai tempat tidur mereka.

Jika diamati, golongan gelandangan itu bukan sahaja terdiri daripada warga tempatan, malah warga asing turut kelihatan.

Bagi membantu golongan gelandangan mendapat perlindungan dan pertolongan yang sewajarnya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersama beberapa agensi penguat kuasa telah membuat Ops Gelandangan baru-baru ini di sekitar ibu negara.

Dalam operasi tersebut, 55 warga tempatan dan 17 pendatang asing ditahan dan dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarkat (JKM) dan Jabatan Imigresen untuk tindakan selanjutnya.

Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Sosio-Ekonomi DBKL, Datuk Mohd Amin Nordin Abd. Aziz yang mengetuai operasi tersebut berkata, operasi tersebut bertujuan membantu golongan itu dan pada masa sama, turut membersihkan ibu kota daripada menjadi tempat bagi kutu rayau, penagih dadah dan pengemis.
"Dalam operasi ini, kami sebenarnya membantu golongan gelandangan yang diabaikan keluarga, tidak mempunyai tempat tinggal dan sebagainya untuk diserahkan kepada pihak JKM untuk mereka menjalani kehidupan yang lebih selesa.

"Bagi gelandangan warga asing dan penagih dadah, kami akan serah kepada Jabatan Imigresen dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) untuk tindakan selanjutnya," katanya pada sidang akhbar selepas operasi itu di sini.

Sementara itu, seorang gelandangan yang ditahan dalam operasi tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Norisham, 23, berkata, tindakan bapanya yang menyimpan kad pengenalannya membuatkan dia terpaksa hidup merempat.

"Saya berasal dari Johor dan berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari kerja tetapi tindakan bapa yang tidak mahu beri kad pengenalan menyebabkan saya sukar untuk dapat kerja.

"Oleh itu saya terpaksa tinggal di bawah jambatan kerana tidak mempunyai wang untuk menyewa bilik di sini," ujarnya.

Seorang lagi gelandangan, Roddy Bett Gasinam, 35, yang berasal dari India memberitahu, dia pernah bekerja di estet di Negeri Sembilan tetapi disebabkan permit kerjanya dicuri, sukar untuk dia mencari pekerjaan lain.

"Dengan operasi ini, saya harap pihak tertentu boleh membantu saya mendapatkan semula permit bekerja yang sah," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan