Badrul Amin Baharon
SHAH ALAM - PKR mahu anggota Majlis Pimpinan Tertinggi parti itu, Dr Badrolamin Baharon, yang ditahan oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) awal pagi semalam berhubung kejadian, didakwa berdua-duaan dengan seorang wanita, disiasat secara profesional.

Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, pihaknya menuntut agar Jaip dan pihak berkuasa membuat siasatan secara telus dan profesional
"PKR mengambil maklum bahawa Dr. Badrolamin Baharon diminta oleh Jabatan Agama Islam Pahang untuk membantu siasatan berikutan sebuah insiden di Kuantan pada 25 Februari 2012 (semalam).

"Justeru, PKR menuntut agar Jaip dan pihak berkuasa membuat siasatan secara telus dan profesional," kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, PKR juga mengulangi komitmen parti untuk terus memelihara prinsip keadilan bagi semua pihak yang terlibat.
Badrul Amin, 51, dijangka akan hadir di pejabat Jaip esok.