Ahad, 12 Februari 2012

TELUR AYAM BERKEDUT

Teruja dengan penemuan telur AYAM BERKEDUT. Bagi aku biasalah. Manusiapun berkedut... Ya Tak. tapi mesti ada penjelasan yang LOGIK tentang kejadian perkara ini. seperti pokok pisang keluarkan jantung tanpa daun. Tapi kedua-dua ini berlaku di Yan, Kedah... Apa pula penjelasannya.

Teruja telur ayam berkedut
Wartawan Sinar Harian
10 Februari 2012

YAN - Teruja dengan kulit telur ayam berkedut yang dianggapnya unik, seorang pemuda mahu mengeluarkan isi telur berkenaan dan kemudiannya menyimpan kulitnya sebagai koleksi peribadinya.
Pemuda berkenaan, Zulkifli Hashim, 33, berkata, dia akan menggunakan picagari atau jarum suntikan sebagai alternatif untuk mengeluarkan isi telur ayam unik itu tanpa merosakkan permukaan kulitnya.
Menurutnya, dia kemudiannya akan mencari alternatif lain untuk membuatkan kulit telur unik itu tidak rosak untuk disimpan sebagai koleksi peribadinya dalam tempoh lama.

“Saya rasa bertuah kerana telah dipertemukan dengan telur unik dan aneh ini. Seumur hidup saya tidak pernah lihat telur yang mempunyai kulit berkedut dan berurat seperti kulit tangan manusia.

“Saya tidak akan menjualnya atau memberikannya kepada orang lain. Malah saya akan cuba mengeluarkan isi telur ini tanpa merosakkan kulitnya yang unik dengan menggunakan jarum suntikan atau picagari,” katanya.

 Terdahulu, Zulkifli menceritakan bagaimana dia mendapat telur yang mempunyai kulit berkedut iaitu semasa memilih telur untuk dibelinya di sebuah kedai di pekan Sungai Yan di sini, kelmarin.
Menurutnya, dia ke kedai terbabit untuk membeli telur dan kemudiannya diminta oleh pemilik kedai untuk memilih telur yang mahu dibeli sendiri dari tempat menyimpan telur di kedai terbabit.
“Semasa memilih telur yang mahu dibeli, saya terpandang sebiji telur di dalam tempat menyimpan telur itu yang berlainan daripada telur-telur lain. Saya kemudiannya mengambilnya dan melihat dengan lebih dekat.

“Saya terkejut apabila mendapati kulit telur itu berkedut seakan-akan kulit belakang tangan yang berurat dan terus memasukkannya ke dalam plastik yang disediakan untuk dibeli bersama telur lain,” katanya.

 Apabila ditanya kepadanya berkemungkinan telur terbabit merupakan telur palsu yang pernah dihebohkan media tahun lalu, Zulkifli berkata, dia yakin telur itu telur asli memandangkan ianya berat, sama seperti telur-telur lain.

“Saya akan terus menyimpan telur ini sebagai koleksi peribadi saya untuk ditunjukkan kepada generasi akan datang mengenai keunikannya,” katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan