Ahad, 12 Februari 2012

Ini yang dikatakan CINTA ITU BUTA. Benar-benar BUTA sehingga mengheret diri ke penjara. Itulah berita dari Pulau Pinang tentang pasangan kekasih yang memiliki DADAH dan akhirnya mengheret kedua-duanya ke PENJARA. Itu ramai yang tak serik. Kita lihat saja kes KELDAI DADAH. mangsanya peremuan. GADIS ATAU JANDA.

Padah miliki dadah, pasangan kekasih berdepan penjara seumur hidup
GOKINA MORGANAN
10 Februari 2012
 
GEORGETOWN - Sepasang kekasih berdepan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan memiliki dadah di persimpangan Jalan Datuk Keramat dan Jalan Singgora bulan lalu.

Lew Tat Wei, 45, dari Menara Green View, dan teman wanitanya warga Vietnam, Huynh Mong Thuy, 37, mengaku tidak bersalah setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sitarun Nisa Abdul Aziz.

Mengikut pertuduhan pertama, mereka berdua didakwa dalam kawalan memiliki 14 gram heroin di persimpangan Jalan Datuk Keramat dan Jalan Singgora, kira-kira 9 malam, 5 Januari lalu.

Untuk pertuduhan itu, Timbalan Pendakwa Raya, Sariza Ismail mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 39A (2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan maksimum seumur hidup dan juga tidak kurang 10 sebatan.

Bagi satu lagi pertuduhan, Tat Wei dan Mong Thuy didakwa memiliki methamphetamin 1.5 gram di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Bagi kesalahan itu, mereka berdepan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3) akta yang sama.

Terdahulu, Sariza tidak menawarkan jaminan untuk Tat Wei dan Mong Thuy.

Kemudian, Sitarun Nisa memerintah kedua-duanya ditahan di Penjara Pulau Pinang dan menetapkan sebutan kes pada 5 April ini sementara menunggu laporan kimia.

0 ulasan:

Catat Ulasan