![]() |
janganlah jadi KUTU yang menyusahkanorang lain dalam kehidupan ini |
Aku dah biasa terima keadaan macam ni. Bila tengah banyak kerja merayu-rayu minta dibantu. Bila dah bantu, dialah yang akan mendabik dada tentang kejayaan. Dan akan menjadi musuh kalau kita berbunyi sedikit. Jika perkara itu tidak betul jangan komplen. Kalau komplen alamatnya ke buang dari senarai. Inilah yang berlaku. Antara sebab orang-orang BN dibenci sebab ini jugalah. Terlalu banyak cantas mencantas.
Aku bukan orang politik. Dalam dalam dunia yang aku jalani sekarang, teknik tu digunakan. Mencantas rakan-rakan yang menjulang dia naik setelah dia sampai kepuncak. Buatlah apa sahaja semuanya salah. Jika ini diamalkan oleh BANGSA kita, aku tak pelik kalau pilihan rakyat bertukar dalam PRU13. Mungkin rakyat yang tak ada kepentingan apa-apa macam aku ni menjadi MUAK dengan sikap dan asuhan yang dilakukan oleh geng-geng macam ni. Biarpun pemimpin atas bermati-matian berkempen, yang bawah jadi tukang sembur racun. Sebelum TERLAMBAT rasa aku cantas je puak-puak macam ni dalam parti, dalam jabatan ataupun organisasi. Tak mendatangkan hasil langsung bagi aku. Malah menjahanamkan apa yang telah dibina......itu pendapat aku
ada benar juga tu..
BalasPadam