Sabtu, 3 Mac 2012

DUIT DAN ERTI SEBUAH KEJUJURAN....TAPI KAWAN TETAP MAKAN KAWAN

Seorang rakan mengeluh tentang SIKAP seorang rakan yang kadang kala terasa menyakitkan HATI. Bila ditanya dia terus bercerita.

Kawan aku ni orang penting dalam aktiviti di  jabatan pelajaran. Orangnya pada luaran amat baik. Suatu hari dia hubungi saya, katanya. Minta tolong bankin duit ke akaunnya untuk digunakan oleh anaknya. Alasan yang diberikan tempatnya jauh dari bank. Nanti bila bertemu sewaktu aktiviti, dia akan ganti semula. Mengenangkan alasan yang diberikan, dibankin sejumlah yang diminta. Bulan telah berganti, bila bertemu dia buat tak tahu je. Sudahlah tak mengucapkan terima kasih. Buat-buat lupa pasal duit yang dipinjam. Kerana tak sedap hati, kawan aku ni bertanyalah pada kawan-kawan. Rupanya ramai dah terkena dengan pelbagai alasan. Patutlah dia murah nak belanja sana sini. Rupanya dia jenis dok pekena kawan-kawan.

Paling sakit lagi, rupanya dia suka gunakan orang untuk buat kerja dan dia dapat nama. Dengan menggunakan nama seseorang, dia minta kerja itu diselesaikan. Bila disemak dia mendapat kredit dari susah payah orang. Tapi yang pelik orang macam ni, kata kawan aku senang dapat kepercayaan orang atasan. Cakapnya laku. Kawan yang bekerja macam nak mati selalu jadi mangsa fitnah dan sebagainya. Inilah dunia. Yang jujur, yang ikhlas disingkir. Yang berpura-pura yang untung. Macam seorang lagi kawan baik dia jugalah. Kerja tak pandai mana tapi part kuat membodek dan pandai menggunakan kesempatan bagilah pada dia.

Apa yang boleh aku katakan pada kawan aku, ko bersabar dan minta Allah tunjukkan balasan. Suatu hari nanti akan terbuka juga tembelangnya.

0 ulasan:

Catat Ulasan