Aku nak kongsi tips yang aku pinjam dari pengendaliblog.com tentang cara melajukan loading blog. Oleh kerana ada kebaikannya, aku paste cadangan admin blog untuk maklumat bersama. Terima kasih pada admins pengendaliblog.com
Sesetengah blog yang saya lawati seperti Blogspot mempunyai loading page yang sangat lambat. Blog yang dihostkan di Blogspot sepatutnya mempunyai loading page yang laju. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Di sini, saya ingin berkongsikan dengan anda beberapa tips ‘buang’ yang dapat anda gunakan bagi mempercepatkan loading page blog anda.
Tip 1: Buang Skrip Pengiklanan
Rata-rata blog suka memenuhkan blog mereka dengan skrip pengiklanan seperti Nuffnang, Advertlets dan beberapa skrip yang lain. Memang betul, jika tidak meletakkan skrip pengiklanan ini bagaimanakah mereka boleh menjana duit daripada blog. Tetapi apa yang ingin saya katakan adalah, biarlah skrip iklan yang diletak itu berpada-pada.
Anda perlu ingat, semakin banyak skrip iklan yang diletak, semakin banyak request yang akan dibuat oleh blog anda ke website-website iklan tersebut. Dan ini akan melambatkan lagi loading page blog anda disebabkan lambakan skrip iklan yang ada di situ.
Tip 2: Buang Code Yang Tidak Diperlukan
Terdapat juga blog yang suka meletakkan code atau skrip yang tidak berkaitan atau langsung tidak membantu dalam blog mereka. Contoh yang paling mudah adalah skrip Google Friend Connect dan juga skrip Current Online Users.
Skrip seperti Google Friend Connect akan memaparkan gambar-gambar rakan Google yang melawati blog anda. Jika hanya 2 atau 3 keping gambar yang dipaparkan mungkin tidak menjadi masalah. Tetapi bagaimana jika 50 gambar rakan Google Friend Connect ingin dipaparkan dalam masa yang sama? Sudah pasti makin banyak masa yang diperlukan untuk memaparkan ke semua gambar rakan Google anda itu.
Selain daripada itu, adakah penting untuk anda mengetahui berapa ramaikah yang sedang online di blog anda dalam satu-satu masa? Apakah kelebihan yang anda perolehi daripada data yang diberikan? Anda perlu tahu, setiap skrip yang anda letakkan di blog akan melambatkan lagi loading page blog anda itu. Sekiranya anda merasakan Current Online User itu tidak penting, adalah lebih baik anda membuang sahaja skrip tersebut.
Tip 3: Buang MP3 dan MP3 Player
Walaupun Malaysia kini mempunyai jaringan broadband yang laju, tetapi tidak bermakna semua orang memiliki speed broadband yang pantas. Terdapat juga sesetengah pembaca blog yang mempunyai Internet connection yang sangat perlahan.
Apabila lagu MP3 diletakkan di blog anda, pembaca terpaksa streaming (ada sesetengahnya terpaksa mendownload lagu MP3 tersebut) sebelum mereka boleh mula membaca artikel yang ditulis oleh anda. Dan ini akan melambatkan loading page di web browser mereka dan peratusan untuk mereka meninggalkan blog anda adalah tinggi.
Selain daripada itu juga, tidak semua orang suka mendengar lagu yang anda letakkan di blog. Mereka lebih gemar mendengar lagu daripada MP3 player mereka sendiri seperti Winamp. Betul kan apa yang saya cakapkan ini?
Tip 4: Buang Shoutbox
Shoutbox boleh memeriahkan suasana di blog seperti anda bersembang secara online dengan pembaca yang melawati blog anda. Ianya juga merupakan satu medium yang anda boleh gunakan untuk berinteraksi dengan para pembaca.
Tetapi shoutbox juga menggalakkan blogger lain untuk spam blog anda dengan meletakkan link blog mereka di shoutbox tersebut. Bukan sahaja ianya melambatkan lagi loading page, malah anda juga terpaksa membuang masa untuk membuang segala shouts yang berbentuk spam ini daripada shoutbox anda itu.
Jadi di sini, apa yang penting adalah cuba kurangkan skrip atau code yang tidak penting dari blog anda. InsyaAllah seandainya diberikan kesempatan, saya akan membincangkan isu ini dengan lebih mendalam lagi.
Sekiranya anda mempunyai tips-tips lain yang ingin dikongsikan, adalah sangat digalakkan anda memberikan komen di bawah ini. Mudah-mudahan 4 tips ‘buang’ yang dikongsikan di sini sedikit sebanyak dapat mempercepatkan loading page blog anda itu. Selamat mencuba!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan