Sabtu, 16 Jun 2012

APA CERITA NI

5 warga asing ditahan bersama bahan peledak

KUDAT 15 Jun - Polis Marin Kudat menahan lima lelaki warga asing serta merampas beberapa peralatan mengebom ikan termasuk peledak bernilai RM11,100 dalam Ops Paradise, awal pagi kelmarin.
Pegawai Pemerintah Markas Operasinya, Asisten Supritendan Mohammad Aris Jambul berkata, kejayaan itu diperoleh hasil penahanan tiga bot di selatan Pulau Balundangan dekat sini pada pukul 3.20 pagi.
"Pelbagai barangan yang dipercayai digunakan untuk mengebom ikan ditemui antaranya sembilan bahan peledak, lapan sumbu, empat botol sodium pepejal, dua botol sodium cair, dua panah ikan dan tiga enjin bot.
"Serbuan yang diketuai oleh Sarjan George John Kolin Miol itu turut menahan lima lelaki warga asing berusia antara 15 dan 36 tahun," katanya di sini semalam.
Menurut beliau, kesemua tangkapan serta barang kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
Beliau turut menyeru orang ramai menyalurkan maklumat berhubung sebarang kegiatan yang menyalahi undang-undang khususnya aktiviti pengeboman ikan di perairan Kudat.
"Polis Marin Kudat akan sentiasa mempertingkatkan rondaan serta kawalan di perairan Pulau Banggi khususnya dan seluruh perairan Kudat amnya bagi memastikan kegiatan pengeboman ikan dapat dibendung dan seterusnya dihapuskan," katanya.

0 ulasan:

Catat Ulasan