Shuhaimi Shafiei
Shuhaimi Shafiei
SHAH ALAM - Ketua Penerangan PKR Selangor, Shuhaimi Shafiei menegaskan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli direhatkan sementara oleh parti untuk memberi tumpuan kepada pendedahan terbaru skandal terbaru membabitkan Umno Selangor.
Katanya, faktor itu jugalah yang menyebabkan Rafizi meletak jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor dan menafikan ia berpunca akibat perpecahan dalam parti.
Menurutnya, Rafizi direhatkan sementara oleh parti untuk memberi tumpuan kepada siasatan sebelum mendedahkan skandal terbaru yang jauh lebih besar daripada isu Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) seperti dedahkan sebelum ini.
“Tiada perpecahan, itu spekulasi. Rafizi direhatkan untuk mencipta 'bom jangka' yang lebih besar. Sebelum ini beliau menanggung bebanan berat kerana terpaksa buat dua kerja dalam satu masa tetapi kali ini, beliau akan fokus sebagai pengarah strategi dan unitnya beroperasi secara sistematik,” katanya.
Shuhaimi berkata, pendedahan terbaru itu juga pasti menjejaskan Umno dan Barisan Nasional.
“Umno Selangor tunggu sahaja kerana kita mempunyai bahan dan ramuan yang baik untuk memastikan kali ini kepimpinan Umno Selangor, bermula dengan Pengerusi hingga ahli jawatankuasanya terkena dengan 'bom jangka' itu,” katanya