Sabtu, 23 Jun 2012

Catatan Pilu Dari Seblak

Tiga ekor lagi buaya di Sungai Seblak ditembak mati rentetan dari serangan buaya ke atas penduduk tempatan. Operasi memburu buaya ini dijalankan oleh pelbagai agensi dalam usaha memastikan keselamatan penduduk tempatan dari serangan buaya-buaya di Sugai tersebut. Berita ini saya petik dari: http://www.bharian.com.my/articles/3lagibuayaSeblakditembak/Article/ 
 
 
RENJER Simon Jaki Darai dari Rejimen 3 Renjer menerangkan mengenai senjata AUG Stayer yang digunakan  dalam operasi memburu buaya kepada Romi Sigan (empat dari kiri), sambil diperhatikan Lee  (dua dari kanan) dan Mohd Ruslan (kanan) di Pusat Operasi di Kampung Empelam, semalam.
RENJER Simon Jaki Darai dari Rejimen 3 Renjer menerangkan mengenai senjata AUG Stayer yang digunakan dalam operasi memburu buaya kepada Romi Sigan (empat dari kiri), sambil diperhatikan Lee (dua dari kanan) dan Mohd Ruslan (kanan) di Pusat Operasi di Kampung Empelam, semalam.
Operasi 5 hari buru reptilia ganas ancam penduduk mungkin diteruskan

SARATOK: Tiga lagi buaya ditembak dalam operasi memburu buaya di Sungai Seblak dekat Kampung Empelam di sini, yang memasuki hari keempat semalam, menjadikan jumlah ditembak setakat ini empat.
Ketiga-tiga buaya dewasa itu, yang lebar badannya 0.4 meter ditembak pada malam Selasa, oleh anggota polis yang terbabit dalam operasi berkenaan.
Ketua Polis Daerah Saratok, Deputi Superintendan Lee Thai Lein, berkata gerakan mencari bangkai ketiga-tiga buaya yang ditembak itu masih diteruskan.

Beliau percaya bangkai ketiga-tiga buaya itu akan ditemui kerana biasanya badan buaya yang ditembak mati dalam sungai akan mengembang dan timbul selepas beberapa hari.

“Semua buaya itu ditembak oleh anggota saya, ketika sedang memasuki sungai dari pantai selepas menyedari bot anggota operasi datang,” katanya pada sidang media di Pusat Operasi di tepi sungai Kampung Sessang, semalam.

Hadir sama Residen Bahagian Betong, Datuk Romi Sigan Daniel; Ketua Penyelaras Operasi merangkap Pegawai Tadbir Kanan Pejabat Daerah Kabong, Nazari Bujang dan Ketua Operasi Menggempur dan Memburu Buaya, Cif Inspektor Mohd Ruslan Matkid.
Kelmarin, bangkai seekor anak buaya dijumpai terdampar di tepi sungai berkenaan, dipercayai yang ditembak pada hari pertama operasi, Isnin lalu.

Operasi memburu buaya selama lima hari sehingga hari ini (Jumaat) membabitkan 52 anggota, terdiri daripada enam polis, 10 tentera dari 9 Briged Kem Oya Sibu, Jabatan Bomba dan Penyelamat (empat) serta 30 anggota RELA dan dua pegawai Sarawak Forestry Corporation (SFC).

Ditanya sama ada operasi itu yang mempunyai permit hingga 22 September akan dihentikan hari ini, Lee berkata keputusan bergantung kepada penilaian selepas jam 5 petang ini.

Sementara itu, Romi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Bahagian Betong berkata, operasi itu bagi memenuhi permohonan penduduk kampung yang mendakwa kewujudan banyak buaya di sungai itu hingga mengancam keselamatan penduduk.

0 ulasan:

Catat Ulasan